Selasa, 11 Februari 2014

4 Foto Shukri Yahya Di Benar Keluar Hospital

4 Foto - Shukri Yahya Di Benar Keluar Hospital | Ekoran kejadian tangan kanan pelakon Shukri Yahaya yang tercedera setelah tertikam, keadaan terkini pelakon tersebut dilaporkan stabil dan beliau juga telahpun dibenar keluar hospital hari ini.
4 Foto - Shukri Yahya Di Benar Keluar Hospital

"Semalam saya telah menjalani pembedahan pada jam 3 petang. Akibat luka tikaman itu saya menerima lapan jahitan di bahagian bawah lengan dan bahagian atas ditampal.

"Alhamdulillah, selepas semuanya selamat, saya dibenarkan keluar hospital pada petang ini," ujar Shukri yang dihubungi sebentar tadi.
Menerusi MH Online, Shukri ditanya tentang baki penggambaran drama Menjinak Ombak yang melibatkan dirinya,
Shukri Yahya Di Benar Keluar Hospital

"Ikutkan babak terakhir pada 2 Ogos sebelum cuti raya. Penggambaran akan disambung semula pada raya keempat di Pangkor.

"Pun begitu jadual penggambaran mengikut kepada keadaan saya. Kalau boleh diteruskan pun, mereka akan bagi babak yang ringan dahulu."

Shukri Yahaya sebelum ini dilaporkan cedera dipergelangan tangan kanan akibat kesilapan yang tidak disengajakan ketika melakonkan babak pergaduhan antara dia dan Fezrol Khan.

Shukri Yahya Di Benar Keluar Hospital

"Babak tersebut memerlukan Fezrol menikam saya.  Dan saya perlu menepis tikaman tersebut menggunakan tangan kanan. 

"Namun, entah di mana silapnya tepisan saya itu terkena pisau.  Jadi, itu yang tertikam.  Saya pun tidak boleh salahkan Fezrol.  Tidak ada yang salah kerana ia memang tidak disengajakan," ujarnya lagi.

Shukri Yahya Di Benar Keluar Hospital

Dalam pada itu, Shukri menerusi akaun Instagram beliau berterima kasih kepada orang yang telah menjaga beliau selama 3 hari berada di hospital dan turut berterima kasih kepada rakan yang tak putus-putus menziarah beliau semasa di hospital- semoga cepat sembuh. sumber


0 komentar:

Posting Komentar

 
Copyright © 2012. abdul sopandi - Posts · Comments
Powered by Blogger